mom staybeautiful MARIGOLD UHT Milk #AstroHDUniverse

Saturday, November 22, 2014

Melawak dan ...

Aku tengok banyak betul la rancangan lawak sekarang. Ye , aku tak kisah pun nak melawak ke apa. Tapi.. Sekarang, ramai jugak pelawak yang berani sangat buat lawak double meaning dan ada yang terus direct melucah atas pentas.. Alamak, budaya ini tidak baik untuk perkembangan hiburan Malaysia.

Aku haraplah, ada pihak yang membuka mata dan mengikut garis panduan dan adab sopan yang betul. Benda bila dah terlalu dibiasakan dan dibiarkan, boleh jadi budaya.

Aku lebih suka lawak yang membawa erti berbanding lawak yang terlalu kosong.

Ini Memang Comel

Monday, October 20, 2014

Hidup jangan Nak stress...

Stress. Secara umumnya, ramai yang stress dalam menghadapi kehidupan harian. Dan kalau tidak pandai menguruskan stress yang di alami, kita akan dapat penyakit baru.


Ketawa adalah antara ubat stress yang paling mujarab, tapi, sila jangan ketawa seorang diri, sebab orang sekeliling akan pandang pelik kat korang. Ketawa kalau ikut Rasulullah, adalah cukup sekadarnya dan jangan berlebihan.

Macam orang tua kata, jangan ketawa banyak sangat, nanti menangis. Ini adalah pesanan simbolik orang tua, supaya dalam ketawa, jangan berlebihan. Sinonim dengan anjuran Rasulullah.


Sunday, September 28, 2014

Saya Takut!


 Hai. Setiap hari kita sebenarnya dibelenggu dengan soalan, apa yang akan terjadi esok, adakah hari kita lebih baik daripada hari yang kita lalui hari ini.. Kadang-kadang, memang rasa takut nak menghadapi hari esok, tambahan pulak aku nie memang penakut.
Tapi, setiap yang hidup memang dijanjikan kehadiran ESOK.
Harapnya, esok untuk saya adalah lebih baik.. huhuhu..

Just face it, and Do It. Yes. Ini memang terpaksa dilakukan. Kadang-kadang aku sendiri pelik, apa yang aku takut sangat dengan esok, sebab biasanya bila aku hadapi esok yang aku takutkan, sebenarnya tiada apa yang nak ditakutkan..

Oh. Tapi banyak yang aku lepaskan sebab takutnya aku dengan esok. Aku takut aku makin rapat dan sayang seseorang, aku akan tolak dia jauh-jauh , dan aku tak menyesal, sebab tiada lagi esok antara aku dengan dia.. Memang pelik. Haha..

Ye, aku selalu men'jauh' sebab takutkan esok .

Hadapi dengan senyuman. Esok, pasti kembali. Tempuhi apa yang terbentang sebab kita tak tahu apa yang bakal mendatang.

Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menhadapi esok yang mendatang dan jadikanlah aku insan yang bersyukur dengan apa yang ada...

Apesal Ek?