Thursday, April 19, 2012

Cerita Kita


Kawan-kawan, how's life...?  Opsss.. Yang kat atas nie, bukan hasil nukilan saya, tapi adalah lagu nyanyian Kamikaze dan baru-baru nie, dinyanyikan balik oleh Shahir dalam album Shahir...
Nice, macam lagu slow korea pun ada... 

Baru-baru terjebak pulak dengan variety show korea, Running man... Menarik jugak, kan.. Basically, aku suka show to sebab dia takde la banyak sangat cakap macam show tv kat Malaysia, dan bila nak pangkah, pangkah depan-depan... Favourite player dalam tu adalah Kwang-Soo. Ye, kadang-kadang dia macam bodoh-bodoh alang sikit, tapi dia ada semangat juang dan keyakinan yang tinggi serta tak mudah mengalah. Lagipun, dia agak sopan dan menghormati orang walaupun kadang-kadang naik hantu gak bile asyik kena dan boleh 'fire' balik orang dengan naive je... hahaha... Gary, pun okay, tapi banyak laid-back sangat.. Tak bersungguh. Ace Ji-hyo, pandai mengambil peluang , bijak dan peka dengan keadaan sekeliling... Jae-suk dan Suk jin, Haha dan Joong-kok pun okay. Kalau tak cukup semua peserta nie, kita akan nampak sesuatu yang canggung dalam show tu.

Scripted?? I just don't care.... Aku suka sebab aku boleh je gelak sorang-sorang tengok cerita nie.. hahahaa... Always make my day.... 

Haha... Ji hyo membuktikan tak semestinya make-up
 boleh menyebabkan  kita cantik... Tapi semangat dan keyakinan yang penting.
Tapi Ji hyo memang cute.


Thursday, March 29, 2012

Cinta menakutkan


Jalan cerita

Cerita yang agak menarik dan ringan untuk ditonton. Kisah berkenan seorang gadis, Yeo-Ri yang selalu dihantui oleh satu lembaga dan dia juga boleh melihat hantu di sekitar rumahnya. Dia selalu mengasingkan diri dan mengelak untuk di dekati oleh sesiapa kerana bimbang akan keselamatan mereka.

Akhirnya, dia di dekati oleh bossnya, Joo Goo yang juga "ahli silap mata horror" yang menggunakan khidmat Yeo-Ri dalam membuat persembahan kemuncak beliau.

Pada mulanya, Joo Goo agak takut untuk bercinta dengan Yeo-Ri, tetapi keserasian mereka menyebabkan Joo Goo berani untuk bercinta.


Namun, kemuncaknya, hantu itu semakin mengganas menyebabkan Yeo-Ri memilih untuk berpisah dengan Joo Goo... Siapakah lembaga tersebut dan kenapa... Silalah cari cd Chilling Romance @ Scary Romance

KEKURANGAN

Penamat untuk cerita ini, agak tidak logik.(merujuk kepada hantu)

KELEBIHAN

Aku tertarik dengan adegan dalam air... Cantik...



Sunday, March 11, 2012

Teori Big Bang

Dah banyak kali aku baca orang promot cerita tv series, The Big Bang Theory.. Tapi, bila aku tengok pelakon dia, macam sengal je. Aku tak pernah nak melayan pun.... Tapi minggu lepas, aku " give-it-a-try" download season 1 Episod 1. Last-last dah melekat dah menonton cerita nie.

Sekarang tengah tengok episod tengah Season 2. Heee... Sengal je cerita tu, tapi best la jugak sekali-skala amik tahu pasal "term-term" bahasa Fizik dan ke'nerd'an mereka tu. Okey la untuk mereka yang minat sains. Kalau korang jenis yang suka lawak sarkastik dan selamba serta ada unsur-unsur perbincangan sains dan benda-benda yang budak-budak nerd je tahu.... cuba la tengok cerita ni. Mungkin korang akan suka juga.



Dalam cerita tu, diorang tak la se-smart dalam gambar kat atas nie, tapi lebih skema.. hehehee....

Okeylah, nak promot pasal cerita nie je. Aku suka.. hehee....


-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Smart Is The New Sexy
Howard: Don't you think I should answer the engineering questions? I am an engineer.
Sheldon: By that logic I should answer all the anthropology questions because I'm a mammal.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------