Sunday, September 28, 2014
Saya Takut!
Hai. Setiap hari kita sebenarnya dibelenggu dengan soalan, apa yang akan terjadi esok, adakah hari kita lebih baik daripada hari yang kita lalui hari ini.. Kadang-kadang, memang rasa takut nak menghadapi hari esok, tambahan pulak aku nie memang penakut.
Tapi, setiap yang hidup memang dijanjikan kehadiran ESOK.
Harapnya, esok untuk saya adalah lebih baik.. huhuhu..
Just face it, and Do It. Yes. Ini memang terpaksa dilakukan. Kadang-kadang aku sendiri pelik, apa yang aku takut sangat dengan esok, sebab biasanya bila aku hadapi esok yang aku takutkan, sebenarnya tiada apa yang nak ditakutkan..
Oh. Tapi banyak yang aku lepaskan sebab takutnya aku dengan esok. Aku takut aku makin rapat dan sayang seseorang, aku akan tolak dia jauh-jauh , dan aku tak menyesal, sebab tiada lagi esok antara aku dengan dia.. Memang pelik. Haha..
Ye, aku selalu men'jauh' sebab takutkan esok .
Hadapi dengan senyuman. Esok, pasti kembali. Tempuhi apa yang terbentang sebab kita tak tahu apa yang bakal mendatang.
Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menhadapi esok yang mendatang dan jadikanlah aku insan yang bersyukur dengan apa yang ada...
Labels:
Aku takut dengan esok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku takut nak menghadapi hari esok sebab takut akan kehilangan seorang lagi permata dalam hidupku selepas khilgan arwah ayahku :) ibuku segala2nya bagiku sekarang.
ReplyDeleteOh, kehilangan mak pun antara perkara paling saya takut!!! tak tahu nak hadapi macam mana...
DeleteTakut juga..huhu
ReplyDeletejemput jalan2 ke blog saya http://www.bondasihat.com
hahah.. semua orang ada rasa takut, kan
Delete