mom staybeautiful MARIGOLD UHT Milk #AstroHDUniverse
Showing posts with label Frog. Show all posts
Showing posts with label Frog. Show all posts

Friday, February 25, 2011

Kenapa Cik Katak?


Oh, rupanya. Ramai betul anti dengan katak. Beberapa hari lepas, Cik Katak ada terjumpa satu status Twitter yang mengatakan bahawa dia dah click CRTL+W sebab page yang dia buka ada gambar katak. Seriously??? Apa salah sang katak. Sebenarnya, Cik Katak ni, bukannya berani sangat dengan katak, pandang boleh. Tapi nak pegang dan sentuh, memang tak lah. Cik Katak is just a nickname, bukan nye melambangkan Cik Katak nie jenis minat reptilia. Yang Cik Katak boleh kata, Cik Katak nie sebenarnya lebih menyayangi mamalia seperti kucing, arnab dan hamster. 

Tak terlintas pula masa mula-mula nak blog dulu nak gunakan nickname, Cik Kucing, sebab peribahasa berkenan kucing selalunya ala-ala negatif gitu. Malu-malu kucing,(buat-buat malu), alim-alim kucing (buat-buat alim) . Seolah-olah, karektor kucing adalah bersama dengan watak hipokrit. Ahaha.. But, I Looove Cats.

Pasti, korang masih lagi pelik, kenapa Cik Katak? Sebab kartun katak, selalunya cute dan comel. ehehhee..

Cik Katak sangat suka dengan lembu, ala macam Cisdel.com . Since Cik Katak lahir bulan lembu (taurus) dan tahun lembu. Tapi, takkan nak ada pulak Cik Lembu. Alamak. Terang-terang, orang selalu kata," Awak nie, bodoh macam lembu". Perumpamaan yang sangat tidak baik. Huhuhu.. Cik BODOH pula jadinya. Ahaha..

Kesimpulannya, Cik Katak tak tahu kenapa Cik Katak guna nama nickname "Cik Katak". uhuhuh.. Tapi, Cik Katak harap  semua  sama-sama enjoy berblog, ok?


 Lompat-lompat, Adeh letih la pulak.

Yang Melompat-lompat,
Cik Katak

Apesal Ek?