mom staybeautiful MARIGOLD UHT Milk #AstroHDUniverse
Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

Cikgu yang kita-kita suka


Semua orang  pernah berguru, bermula dari tadika sampailah universiti. Oh, mungkin dari kita lahir kita dah jumpa guru dan cikgu kita. Ye lah, Mak dan Ayah yng mengajar bercakap dan menyebut mahupun berjalan.

Masa sekolah-sekolah dulu, ada je ketegori cikgu-cikgu kan. Cikgu garang, cikgu jiwang, cikgu sporting, cikgu kelakar dan cikgu tak tahu satu bende.

Cikgu blur-blur pun kelakar jugak.

Cikgu yang jarang-jarang masuk kelas, kadang2 memang menyeronokkan. Masa tu, boleh la bergosip mahupun bermain dengan game rekaan semata-mata, lagha.

Cikgu yang suka mencari kesalahan adalah cikgu yang paling menyakitkan hati, terutama kalangan ustazah. Aku tak tahu kadang-kadang, macam mereka berpenyakit nak menuding jari sana dan sini. Membetulkan tak mahu, tapi bab menunjuk dan menjebikkan bibir atas kesalahan pelajar, adalah kesukaan mereka.

Bagi aku, aku suka cikgu yang relax-relax je.Belajar-belajar, main-main. Tak perlu serius sangat. Kenapa serius,kan?



 Okey, Sempena Hari Guru ini, kita buang yang keruh, kita ambil yang jernih!

Selamat Hari GURU, Cikgu!!!!


Cikgu yang selalu disayangi adalah cikgu-cikgu yang
mampu buat kita ketawa,
mampu membimbing kita,
dan mampu menitiskan air mata kita hanya dengan kata-kata beliau. 

          Cik Dia 
Hadiah untuk Cikgu 

Wednesday, March 16, 2011

Buta huruf, masih wujud dalam dunia moden


Perbualan seorang guru dan anak murid.

Anak Murid : Cikgu nak eja "pesara" ke "persara'??
Guru : "Pe-sara" la bukan "per-sara".
Anak Murid : Oh, okey.

Jika soalan sebegitu dikeluarkan oleh seorang anak murid yang berusia tujuh tahun, mungkin masih boleh kita terima dan andaikan, anak ini masih belum lancar untuk membaca dan mengeja. Tapi, bila soalan sebegitu rupa dikeluarkan oleh seorang anak murid yang berusia enam belas tahun, ini menimbulkan persepsi di mana, masih ada yang "buta huruf" dalam dunia yang semakin maju, dengan teknologi dan kemudahan yang ada.

Ini memang benar-benar berlaku, dan diceritakan kepada Cik Katak oleh seseorang yang rapat dengan Cik Katak. hahaa.. Terkedu betul Cik Katak dan sedikit rasa geram dalam hati Cik Katak. Kalau Cik Katak katakan bahawa anak murid ini pemalas, mungkin ada yang akan membidas Cik Katak mengatakan mungkin si anak murid adalah seorang remaja yang lembam. Masalahnya, si anak murid memang bukan lembam dan merupakan pelajar yang mampu untuk berfikir, dan bukannya cacat atau OKU.

Dalam kita berbangga dengan arus modenisasi nie, ramai yang terlepas pandang bahawa, penyakit buta huruf di kalangan pelajar masih berlaku. Memang, logik akalnya, perkara seperti ini tidak sepatutnya wujud dan berlaku. Tapi, ini lah realiti yang kita patut sedar dan bertindak.

Malang sekali, UPSR, PMR semua dah si anak murid tempuhi, namun sebenarnya, mereka sebenarnya buta huruf, atau masih gagal untuk membaca dengan lancar.

Siapa yang perlu dipersalahkan?
Ibubapa?
Guru sekolah rendah?
Guru Taska?

Teringat pula kisah semasa Cik Katak tadika. Memang Cik Katak gagal untuk membaca dengan lancar, namun Alhamdulillah setelah menjejak kaki ke tahun satu, Cik Katak berjaya membaca dengan lancar. Yes!

Naik di tahun 2 pula, Cik Katak menjadi mentor kepada kawan-kawan yang masih belum boleh membaca. Sistem yang sekolah Cik Katak gunakan adalah, cikgu-cikgu menggabungkan pelajar kelas terakhir dengan pelajar kelas pertama. Biasanya, masa sekolah rendah, kita akan berlumba-lumba untuk menjadi yang pertama untuk menghantar kerja yang cikgu berikan. Sebaik sahaja menghantar kerja tersebut, kami akan diberi seorang pelajar lemah membaca untuk diajar membaca. Pelajar menjadi mentor pelajar lemah. Cik Katak lihat, sistem ini berjaya. 

Selain itu, kelas wajib bagi pelajar lemah iaitu kelas pemulihan juga berperanan dalam membentuk pelajar yang tidak buta huruf.

Tapi, ini yang paling penting kehendak sendiri. Pelajar perlu ada kemahuan untuk maju dan tahu untuk membaca. Tepuk dada, tanya selera wahai anak bangsaku!!

Success : You must be willing to learn, learn and learn.

Takkan nak diacukan pisau ke leher, baru nak belajar.

Breakfast dengan McD. Jangan lepaskan peluang, sedap...


McDonald

Apesal Ek?