mom staybeautiful MARIGOLD UHT Milk #AstroHDUniverse

Wednesday, March 25, 2009

Kuasa si Anai-anai.


Kalau dilihat pada rupanya.Sangat kecil. Mana mungkin ia mampu membinasakan.
Tapi, jangan dipandang rendah pada si anai-anai.
Kalau di fikir, masakan sekumpulan anai-anai mampu merosakkan.
Dulu, di kampung sebelah mak aku.Ada seorang lelaki bujang yang memiliki sebuah rumah kayu di hujung kampung.
Disebabkan kekangan keje yang banyak.Sebulan sekali dia akan menjengah rumahnye dia kampung.Selalunya, semua okey okey sahaja.
Hendak dijadikan cerita.Ada satu bulan malang buat si pemuda. Dengan seronok dia melangkah anak tangga rumahnya.
Nah,
habis runtuh satu rumah.
Tidak tertahan lagi air mata dia nak dibendung.Bercucuran air mata dia.

Di rumah aku sendiri, penah di serang anai-anai.Habis satu kotak tuala dan kain batik digigit-gigit.Hancur habis.
Kalau kamu semua nak mengatasi dan nak menghapuskan anai-anai supaya ia tak merebak dan mengunyah dengan lahapnya buku-buku mahupun baju-baju kalian, pastikan bahawa tiada seekor pun anai-anai jatuh tanpa di sembur dengan semburan CFC, tidak kira la Mortein ke, Ridsect ke, H2O ke semasa mengalihkan barangan yang telah di serang oleh ia.

Sekeliling rumah kamu pula, pastikan tiada pokok yang beranai-anai menjuntaikan ranting atau dahan berdekatan rumah kamu.

P/s saya melalut bercerita tentang anai-anai kerana saya terdengar lagu Ramli Sharip
Lirik dia lebih kurang,
"jangan kau alas hatimu dengan secebis warna kehitaman,
Dialah seperti anai-anai
lambat laun hancurlah hidupmu"
-lirik lagu BUKAN KERANA NAMA-

Hati kita ibarat kain putih.Mudah kotor jika terkena kotoran. Dan dosa-dosa adalah titik-titik kecil yang hitam (kekotoran). Sekali kita melakukan dosa , sekali terpalit titik hitam di hati kita.
Begitu juga kain putih, jika hari-hari kita titikkan dakwat hitam, lama-lama kain putih akan menjadi hitam.

Yang menaip,
Cik Katak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda, terima kasih

Apesal Ek?