mom staybeautiful MARIGOLD UHT Milk #AstroHDUniverse

Monday, February 14, 2011

Tips Jimatkan penggunaan elektrik

Tiap-tiap bulan, ada sahaja orang yang menggaru kepala, sambil memandang sepi ke arah bil elektrik yang melambung tinggi. Di sini, Cik katak nak kongsi sedikit cara untuk mengurangkan serta menjimatkan penggunaan elektrik.

PETI SEJUK 


Bila nak simpan makanan ke dalam peti sejuk, pastikan jangan masukkan makanan yang baru di masak dan masih panas.
Pastikan bahagian beku sentiasa berisi atau penuh. Jika bahagian beku kosong, isikan kiub ais atau bekas ais supaya tidak berlaku pembaziran tenaga dibahagian beku tersebut
Sentiasa membersihkan habuk atau debu pada koil peti sejuk (jika ada)
Pastikan pintu peti sejuk sentiasa tertutup rapi. 

 SUIS LAMPU


Didik ahli keluarga , menutup lampu, kipas dan alatan lain jika tidak digunakan atau semasa meninggalkan rumah atau ruang.
Pasang lampu luar rumah, hanya jika ada tetamu datang. menyambut perayaan atau semasa mengadakan kenduri atau majlis.
Lebih efficient jika menggunakan kipas daripada hawa dingin
Gunakan mentol yang besar watt adalah lebih baik berbanding menggunakan banyak-banyak mentol dengan watt yang kecil sahaja.

MESIN BASUH
 
 Elakkan penggunaan mesin basu melebihi muatan , ini akan menyumbang kepada penggunaan elektrik yang berlebihan selain menyebabkan cucian tidak bersih.

Cuma tiga alatan elektrik ini sahaja yang Cik Katak nak kongsi cara mengoptimumkan penggunaan, sebabnya, ini adalah alatan yang paling banyak digunakan di rumah dan merupakan item penting dalam kehidupan.

Harap, ini membantu rakan-rakan blogger sekalian. Sama-samalah kita menjadi pengguna bijak!!!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda, terima kasih

Apesal Ek?