Susah nak cari kawan yang bersedih bila kita sedih..
Kawan yang buat muke gembira masa kita sedih... memang ramai..
Ini lah hakikat.
Hai semua! Memang lama Cik tak update blog. Bukan apa, pening melihat suasana Malaysia sekarang. Chewah, cakap mengalahkan menteri nie..akakkakaka.. Bercakap pasal kawan, Cik memang tidak ada kawan baik. Malas atau memang Cik seorang yang pelik. Semua kawan cik katak akan drifted away berkadaran dengan masa. Semakin lama tak jumpa, semakin jauh hubungan persahabatan hanyut.
Mungkin Cik bukan seorang yang terlalu open untuk berkongsi masalah, dan lebih gemar menyimpan berbanding bercerita. Ye la, macam pelik dah berbulan-bulan tak jumpa, bila jumpa nak mengadu nasib dengan insan lain. hah! Pelik-pelik. Even, selalu lepak sama-sama pun, Cik diam kan sahaja segala masalah.
Ye lah, sedarkah kita dengan mengadu nasib pada manusia lain, kita mungkin akan lebih mudah jatuh dan hancur. Mudah sahaja anasir mengambil kesempatan, ye la. Istilah "kawan makan kawan, "duri dalam daging" dan "tikam belakang" tidak akan wujud tanpa sejarahnya. Memang perkara ini mudah saja berlaku.
Ehem.. rasa macam pakar motivasi yang basi la pula. Logik akalnya, semua itu boleh berlaku.
Contoh mudah, dan boleh dilihat mata, cerita Mantera Anjasmoro. Tonton dan fikir.
Seorang kawan office yang rapat yang telah membawa seorang manusia lain ke kancah kejahatan. Ye lah, kalau kau berkenan sangat dengan suami dia, jangan la dok asyik main bomoh. Kan dah jadi jahat Si Eja cantik nie. (nama watak: Suria) . Dah la ko tikam dia dari belakang, itu dah satu hal. Ko ganggu tido dia lagi, ketenteraman dia lagi.. Membebel macam mak nenek dah. OHOI, manusia, jangan lah bertuhankan manusia lain. Dan kamu, manusia adalah khalifah di bumi Allah, bukannya kuncu Syaitan yang membantu menyesatkan manusia lain.
Dan la bermuka-muka depan Suria, kononnya pendengar yang baik. Tapi, setiap malam hantu ko kacau dia. Kesian pulak aku tengok. Kisah seterusnya, tengok la kat TV3.hahaha..
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda, terima kasih