mom staybeautiful MARIGOLD UHT Milk #AstroHDUniverse

Wednesday, August 10, 2011

Cepatnya masa berlalu



Sedar tak sedar, dah 1/3 puasa yang kita jalani. Alhamdulillah , Everything goes well, kan. Harapnya takda yang mengganggu terutama kesihatan buat semua. Eh, saya tak ucap pun Salam Ramadhan dan selamat berpuasa ek untuk korang. Sorry terlambat la pulak. Jiwa kacau ke ape?? Eh, tak...

Walaubagaimanapun, Selamat berpuasa, bersahur, berbuka, bertarawikh dan bertadarus buat semua umat Islam.

Sentap juga ek, Dalam bulan mulia macam nie, ada yang bergaduh dan ada yang berusaha memburukkan Islam di mata dunia. Lebih menyedihkan , bila mereka adalah sebangsa dengan aku. Ye, memang agama tidak boleh diwarisi. Namun , sebebas mana kehidupan kamu tanpa ada panduan AGAMA, sila jangan nak pancing orang lain follow anda. Sila diam-diam sahaja. 

Namun, yang masih Islam dan tetap berpegang teguh dengan ajarannya juga, perlu la bijak untuk mengatasi keadaan ini. Anda tidak akan mampu mengubah pegangan seseorang dengan anda memalukan malah memburukkan mereka. Betul atau tidak. Islam perlu disebarkan dengan bijak, dengan tersirat. Ya, mungkin ilmu kita tidak setinggi mana untuk menggunakan pendekatan yang lebih bijak. Mungkin lebih baik, sekiranya kita diam dan terus menjaga agama kita. Bimbang juga, akhirnya, kita yang terpesong.

Ya Allah, alangkah ruginya mereka yang telah lahir dalam Islam namun matinya dalam Kafir. Nauzubillah. Jauhkan lah kami, anak adam dan hamba Mu yang lemah ini daripada hilangnya nikmat ISLAM dan IMAN itu, ya Allah. Amin


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda, terima kasih

Apesal Ek?