mom staybeautiful MARIGOLD UHT Milk #AstroHDUniverse

Tuesday, September 11, 2012

Demam Adam dan Hawa


Sweet masa nie.. hahaha

Heehew... ramai yang tengah angau menonton Adam dan Hawa dekat tv Astro tu kan (Mustika HD) , lakonan Nadiya Nisaa dan abang Aaron Aziz.

Mula-mula promo aritu, aku terbaca yang ramai kondem kata heroin tak sesuai dengan hero.. Oh Malaysian, terlalu sterotype... Nak heroin cantik, bedak muka 13 inci biar putih dan berbulu mata palsu 13 depa, barulah nak disanjung ...Tapi bila tengok produk lakonan, hampeh... pujian melambung tapi berlakon hampeh. Itu kot yang Malaysian nie nak sangat. Tapi, Alhamdulillah Nadiya Nisaa berjaya membawa watak Ain Hawani dengan jayanya dan lakonan bersahaja, sweet2 berjaya menambat hati dan mengubah persepsi masyarakat. Akhirnya, bakat mengatasi rupa! Yeay! Bukan aku kata yang Nadiya Nisaa nie tak cantik , sweet apa dia tu.

Sekarang aku tengah layanan cerita nie, di samping cerita-cerita korea dan tv-series lain. Setakat nie, aku puas hati je walaupun hanya 30 minit je tayangan cerita Adam dan Hawa nie... 

Korang layan tak cerita Malaysia nie, huuu... "Adam dan Hawa" vs "Kau Yang Terindah"
sorry la Neelofa lakonan awak sangat tak menjadi dalam " Kau yang Terindah" , sayang... Jalan cerita tu macam best, tapi lakonan awak sangat tidak berjaya. Kalau watak tu orang lain yang bawak, rasanya lagi seronok saya nak tonton. Kesimpulannya, Adam dan Hawa berjaya menambat hati masyarakat berbanding Kau Yang Terindah.


Note: aku nak buat lagi gif pic untuk Adam dan Hawa dan Share dekat INIRASAHATIKU tapi PS aku rosak... Nanti aku format laptop, aku share ek..


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda, terima kasih

Apesal Ek?