Monday, October 1, 2012

Memang kita boleh merancang, tapi belum tentu terjadi

Entri kali nie, saya mulakan dengan gambar di bawah


Cerita yang aku tonton kali ini adalah cerita korea, Ye korea lagi bertajuk Neverending Story . Kisah pasal 2 orang yang berlainan personaliti. Watak perempuan (seperti dalam gambar) , selalu merancang dan percaya yang kita harus merancang dalam kehidupan.. Bila dia merasakan sudah sampai masanya untuk dia berkahwin. Dia telah ke pusat "blind date" , dan melakukan pemeriksaan kesihatan . (mungkin untuk review dalam kertas untuk "blind date, aku pun tak tahu kenapa tibe-tibe dia pergi cek kesihatan dia) . Namun, dia di diagnosis kanser pada hari yang sama dengan watak si lelaki. 

Pada keesokannya, kebetulannya mereka berdua bertemu kembali di pusat "blind date" dan masing-masing menuntut wang pendahuluan sebab dua-dua tak nak melakukan proses "blind date" mereka. Tanpa disangka-sangka, mereka menjadi rapat dan menghabiskan banyak masa bersama-sama.

Si lelaki selalu menemani si perempuan untuk merancang pengebumiannya baik dari segi tempat, pakaiannya dan macam-macam. Akhirnya mereka jatuh cinta.



Namun, kisah cinta mereka berubah bila si lelaki semakin sihat dari kanser dan si wanita semakin teruk kesihatannya , menyebabkan si perempuan membawa diri.

Kesudahannya?? he, tengok sendiri. Tapi, aku kurang puas hati dengan penghabisan cerita nie, sebab sedikit tergantung. Yang aku tahu , mereka tetap bersama dan cinta mereka bersatu!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda, terima kasih

Apesal Ek?