Monday, July 7, 2014

Rewards

Salam Ramadan. Lama dah tak update.

Sepanjang Ramadan nie, ramai orang kan mencari pahala sebab bulan inilah bulan yang banyak pahala. Semua orang berlumba-lumba bertarawih dekat masjid. Dan tak perlu rasanya mereka yang selalu ke masjid menghina mereka yang menjejak kaki ke surau @ masjid hanya pada bulan Ramadan. Sepatutnya mereka diraikan supaya mereka rasa selesa dan dekat dengan surau dan masjid. Setiap Ramadan , saya mendengar dialog ini dalam tazkirah atau ceramah, " semua orang mencari pahala sepanjang Ramadan sampaikan yang tak pernah jejak kaki ke surau, tiba-tiba ada. " Biarlah mereka mendekatkan diri dan belajar untuk merasa selesa dan terbiasa dengan surau. Ini tidak, selalu ada suara sumbang yang mengejek.

Alhamdulillah jugalah, Ramadan ni, ramai artis yang mula berhijab dan melakukan perubahan. Alhamdulillah. Didoakan mereka supaya istiqamah dan cekal dalam menjalani perubahan tersebut.

Tak kurang juga, yang telah kembali ke rahmatullah. 2,3 hari nie, banyak berita kematian di timeline Facebook saya. Ye, mati itu pasti. Semoga kita semua, sempat melakukan perubahan dan mati menuju syurga Allah.

Amin.

Sama-sama beramal supaya kita dapat rewards SYURGA.
 

1 comment:

  1. hi there! Salam kenal. Keep on writing.. Jom visit my blog too. http://aljazaristory.blogspot.com

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda, terima kasih

Apesal Ek?