mom staybeautiful MARIGOLD UHT Milk #AstroHDUniverse

Friday, March 11, 2011

Tsunami melanda, Cik Katak gerun..



Mungkin ramai yang dah alert dengan kejadian 11 Mac 2011, iaitu semalam. Gempa bumi sekuat 8.9 earth quake telah berlaku di Jepun. Melihat kepada video Cik Katak sediakan di atas, Cik Katak ada terfikir la, ini mungkin tanda bahawa segala teknologi yang canggih pun takkan dapat menghalang segala yang bakal berlaku. Contohnya, dikatakan bahawa siren amaran Tsunami di Jepun, boleh dianggap canggih tapi apa yang berlaku semalam, langsung secara tiba-tiba menunjukkan bahawa setinggi dan sekuat mana kuasa manusia, takkan dapat menghalang kekuasaan Allah. SubhanaAllah. Allahuakbar.

Semalam juga, Cik Katak melihat, ramai yang mengutuskan kuntuman doa untuk semua yang berada di Jepun ketika kejadian. Ya, itu sahaja yang mampu kita buat untuk ketika ini. Selain doa, ada baiknya kita berfikir kenapa dan apakah hikmah berlakunya perkara ini secara tiba-tiba. Tiba masanya juga, untuk kita muhasabah dan bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada ketika ini. Biarpun, ada ketikanya kita juga dirundung musibah dan kekusutan. Tapi, pada-Nya jugalah tempat kita memohon perlindungan dan bantuan.

Kun faa Ya Kun.

Kini tiba masanya, alam bersuara.

Bimbang juga bila melihatkan kejadian dan krisis di Libya. Ya Allah, mintak dijauhkan kejadian rusuhan sebegitu teruk berlaku di bumi-Mu , Malaysia ini, Ya Allah. Memang la, ada ketika kita tidak bersependapat, baik dari segi politik mahupun pandangan semasa, tapi masih banyak cara lain yang lebih berpedoman daripada melakukan rusuhan sebegitu rupa, kan. Perbincangan kadang-kadang dilihat tidak menghasilkan apa-apa, tapi apa pula hasilnya jika kita merusuh,kan? Ramai yang mati, luka, cedera, trauma dan seterusnya, membentuk manusia yang penuh kekejaman dan dendam semata-mata. Oh, sungguh tidak indahnya perkara yang terhasil akibat rusuhan..

Mmmh, nampaknya Cik Katak dah melalut merata, tapi inilah isu semasa yang tengah melanda. Sampai jumpa lagi dilain hari. 

Coretan oleh,
Cik Katak


2 comments:

  1. betul cik katak saya setuju dengan semua diatas..jgn lh buat rusuhan merata2 cam gitu ..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda, terima kasih

Apesal Ek?