mom staybeautiful MARIGOLD UHT Milk #AstroHDUniverse

Monday, May 23, 2011

Kenapa suka berbangga dengan makanan luar


Kenapa ramai sangat orang bermegah-megah bila makan dekat tempat yang macam mahal dan perlu membayar tax ?? Ramai yang saya tengok, dalam tak sedar suka sangat bermegah dan bangga dengan makanan yang agak berjenama ini.

Sebelum ini, ada la seorang kawan Cik yang suka sangat bermegah-megah makan Ikea Meatball, katanya lazat sangat-sangat tak de tandingan dah dengan makanan lain. Setiap kali nak pergi makan, dah makan atau teringat dekat meatball itu, mesti dia update status Facebook dia. Saya hanya memerhati sahaja, dan tertanya, adakah sebegitu sedap sehinggakan ada orang sampai begitu gila bayang dengan meatball tersebut???

Since, baru-baru nie foodcourt Ikea ditutup untuk disamak. Jadi ramai yang meronta-ronta bertanyakan status kehalalan makanan yang pernah depa makan. Sib baik aku tak pernah makan. Mungkin sebab seekor aning telah membuat onar di foodcourt tu atau memang makanan itu tidak halal, saya pun bukannya pasti..

Lihat Facebook Meatball ikea ni, saya capture.. huhuhu

1- Ada yang mempertahankan ke'halal'an makanan tersebut seperti



2- Ada juga yang masih meragui makanan yang pernah masuk ke halkum dan menjadi darah daging mereka seperti





Halal ke haram ke? Masih dalam tanda tanya. Heh.. Aku pun ternanti-nanti akan keputusan tersebut.
Tapi, yang pasti macam nak gelak besar-besar je bila kawan aku yang suka berlagak tu terkejut dengan statement yang dikeluarkan beberapa blogger, apapun, aku harap la bende tu halal sebab ramai je orang Islam yang dah termakan benda tu.

Moral of the story sebenarnya, jangan la dibanggakan sangat dengan makanan luar yang kita beli, makanan yang di masak di rumah juga lebih meyakinkan sebab kalau cara penyediaan tak betul pun bende boleh jadi haram.


Lihat minit ke 0.49. Comel auntie tu.. hehehe...

Mak selalu kata, "Jaga makan kita, sebab ia akan jadi darah dan daging kita...." Sebab tu, kita tak suka rasuah! hehehee

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda, terima kasih

Apesal Ek?