mom staybeautiful MARIGOLD UHT Milk #AstroHDUniverse

Wednesday, June 29, 2011

Hati ❤



Kadang-kadang manusia selalu tersalah... Tersalah sayangkan manusia, tersalah pilih dan tersalah perasaan (perasan la). Kadang-kadang, kita rasa layanan si polan sangat mengasyikkan, padahal, si polan hanya biasa-biasa sahaja. Kadang-kadang, kita biasa-biasa sahaja, si polan pula yang tertarik pada kita.

Manusia, tak perlu lah terlalu mengejar manusia yang memang bukan milik kita. Kerana Allah telah menetapkan seseorang yang lebih baik untuk anda. Tidak semestinya, dia pandai menjaga hati anda, anda akan bahagia, dia berduit, anda bahagia . Banyak lagi caranya untuk anda merasa bahagia dalam berkeluarga.

Bahagia dengan keindahan iman , gelak tawa anak-anak dan bahagia mengisi masa bersama lebih bermakna.

Kadang-kadang, terdetik juga di hati, apa matlamat kebanyakan manusia yang berkeluarga dewasa ini?

Sekadar hanya lari dari gelaran, " andartu", " anak dara tua" , "tak laku " dan macam-macam lagi.? Atau mencari sekelumit kebahagian dunia untuk dibawa ke dunia yang hakiki.

Ramai aku rasa, tidak berfikir pun benda-benda macam nie. Seolah-olah perkahwinan hanyalah satu sketsa. Tiada bermatlamat.

Gagal mendapatkan cinta. Tak apa, serahkan hatimu pada Allah. Kalau anda teruskan dengan dendam dan terus mengejar yang telah pasti bukan hak anda, anda akan terus berada dalam kesengsaraan yang anda bina dan cari sendiri.


HATI. Sekeping daging yang berbahaya.
Tahukah anda, semasa Peristiwa ISRAK MIKRAJ . Apa yang berlaku?
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah"
Hati . Tempat pertama yang harus kita bersihkan dulu. Susah juga mahu dirungkaikan tentang hati. Tapi, melalui peristiwa Israk Mikraj ini, kita dapat fahami dan ketahui bahawa dalam mencari keredhaan Illahi, hati perlu dibersihkan dahulu.


Bagaimana membersihkan hati? Kita, sebagai manusia, mana mungkin akan mendapat keistimewaan seperti Rasulullah, hatinya di sucikan dengan air zam-zam. SUBHANALLAH. Yang boleh kita buat adalah zikrullah, dan  amal makruf nahi mungkar.
Salam Israk Mikraj. 


Selamat membaca celotehan ringkas dari saya. Kalau ikutkan, mahu dikupas tentang ini, mungkin 3, 4 entry tak habis lagi,




Nak join larian pun kene ada HATI yang kental. Nak join sekali tak??



No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda, terima kasih

Apesal Ek?