mom staybeautiful MARIGOLD UHT Milk #AstroHDUniverse

Monday, December 19, 2011

Lose your way. Find yourself.


Bermula dengan gambar suasana yang menarik, membuatkan saya terpaut untuk menonton cerita ini, walaupun, berdasarkan rating IMDB, cerita ini boleh dikatakan kurang diminati. Saya sukakan suasana di awal cerita ini.

Mereka berkawan semasa kecil .

Namun, perkembangan cerita yang kurang menarik dan kurang menarik minat saya bermula setelah tamat adegan perkenalan mereka di bilik hostel. Saya kira, jika cerita ini lebih menyentuh kisah perkembangan persahabatan mereka, mungkin lebih ramai remaja yang tertarik .

Tagline nya , "Lose your way. Find yourself." Agak menarik dan saya membayangkan bahawa, watak-watak akan di kembangan bermula dengan tindakan yang salah dan kesan di kemudian hari. Namun, anggapan saya sudah meleset. Cerita ini sekadar cerita kosong.



Watak Victoria sahaja yang menepati tanggapan awal saya mengenai cerita ini. Jika dilihat, di awal cerita, Victoria telah bertindak melepaskan burung nuri kesayangan nenek dia dengan sengaja. Tindakan dia yang kecil ini telah memberi impak kepada dia sehingga dia meningkat remaja . Ini kerana, nenek dia telah meninggal beberapa hari selepas dia melepaskan burung nuri tersebut.


Saya, sebagai orang dewasa, (okey, aku dah lepas 25 tahun ), agak kurang menggalakkan remaja untuk menonton kisah ini, sebabnya cerita ini gagal menggambarkan kesan buruk yang sepatutnya di "highlight" dalam cerita supaya remaja boleh menonton dan mempelajari sesuatu. Malangnya, cerita ini hanya menyentuh tentang keinginan seks remaja.

Ya, perkembangan cerita sebegini, tidak sesuai untuk remaja di Malaysia. Mungkin tanpa kaitan seks dalam cerita ini, cerita ini akan berkembang lebih menarik.

Komen mereka

"The performances aren't bad, but the film quickly collapses into an incoherent, tonally inconsistent muddle with no narrative momentum" Lou Lumenick ( New York Post )
Bintang 1/5



No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda, terima kasih

Apesal Ek?