mom staybeautiful MARIGOLD UHT Milk #AstroHDUniverse

Monday, February 6, 2012

All you need is love


Semalam baru aku berkesempatan menonton cerita "Hear Me" sampai habis. Hari tu, sempat tengok sampai separuh jalan je. Menarik dan comel jugak jalan cerita nie.

Keikhlasan seorang lelaki ,Tian Kuo mengejar cinta seorang gadis, Yang Yang yang di sangka tidak boleh mendengar. Yang Yang ni, sangat komited menjaga kakaknya (yang sebenarnya tidak boleh mendengar). Pelbagai cara diusaha oleh Tian Kuo nie untuk menawan hati si gadis ini.

Antaranya, menjadi sebatang pokok.


Kata-kata Tian Kuo di tepi kolam , menyedarkan Yang Yang bahawa Tian Kuo rupa-rupanya lelaki biasa, yang boleh bercakap dan mendengar (Yang Yang fikir, Tian Kuo tidak boleh mendengar).

"I will let you and them (parents) see my love to you"

Kalau mahukan cerita santai, tanpa banyak suara, cerita ini sesuai untuk anda !!!

Juga mempamerkan cinta adik-beradik. Perhatikan mimik muka dan ekspresi mereka ketika bercakap menggunakan bahasa isyarat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
LOVE and DREAMS are miraculous.
They don't need to be heard, to be said or translated.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda, terima kasih

Apesal Ek?