Pertama kali saya melihat tajuk cerita ini, saya membayangkan bahawa semuanya akan berkisar tentang kumpulan koir. Namun, saya gagahkan juga menonton cerita ini . Akhirnya, cerita ini berjaya menyebabkan saya menangis.
Berkisar tentang kehidupan di dalam penjara wanita melibatkan beberapa watak yang ditonjolkan, seorang janda dengan anaknya berusia setahun, seorang profesor muzik, seorang ahli gusti profesional dan seorang penyanyi kelab malam, yang ditempatkan sebilik.
Sedih, gembira, air mata, semangat dan pelbagai perasaan bercampur apabila menonton cerita ini. Masing-masing menyimpan seribu satu cerita kehidupan sebelum dimasukkan ke dalam penjara.
Pendek kata, cerita ini adalah suatu cerita yang baik untuk kita memahami dan berfikir bahawa, bukan semua yang berada dalam penjara dan disabitkan kesalahan merupakan mereka yang kejam. Sebaliknya, keadaan yang mendesak mereka untuk bertindak sedemikian.
Manusia, termasuklah kita suka meneka dan menilai orang lain berdasarkan ruang lingkup yang kita dapat lihat, sedangkan kita tidak tahu sedikit pun tentang latar kehidupan yang terpamer di depan mata kita.
Antara nilai yang ada dalam cerita ini adalah, nilai kekeluargaan, nilai kemanusiaan dan nilai kasih sayang.
Itu sahaja untuk kali ini. Saya sarankan kawan-kawan menonton cerita ini...

______________________________________________________________
"Let's try to live the rest of the remaining days with a smile"
-Moon-OK-
____________________________________________________________
P/s : Saya saja tak cerita secara detail supaya kawan-kawan menonton cerita ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda, terima kasih