mom staybeautiful MARIGOLD UHT Milk #AstroHDUniverse

Tuesday, June 19, 2012

Wonderful 50-50

Alamak.. Dah lama gila tak update blog nie... Baiklah, antara cerita yang baru saya tonton adalah Wonderful Radio dan 50-50 . Keduanya, berkisar tentang kehidupan. Halangan yang perlu mereka hadapi dalam kehidupan, membuatkan mereka lebih menghargai kehidupan, kasih sayang dan lebih bersemangat waja.


50-50, mengajar aku bahawa, walaupun seseorang tu terlalu menjaga kesihatan pun, tak semestinya penyakit tidak akan menjengah ke dalam diri seseorang itu. Maka, janganlah menganggap bahawa,  kita mampu merancang segala yang mahu kita lalui dalam kehidupan ini, dan sesungguhnya, ada yang mengawal kehidupan kita ini. Bagi, orang Islam, Allah yang menentukan segalanya.


Dalam cerita 50-50 ,  kawan baik yang sakit tu nampak macam banyak mengambil kesempatan atas penyakit kawan dia, samada untuk dapatkan teman bermalam dan untuk memudahkan dia mendapat perempuan. Namun, bila yang sakit iaitu , Adam pergi ke rumah kawan baik dia iaitu, Kyle watak Seth Rogen, dia jumpa satu buku " Facing Cancer Together" yang penuh bertanda. Maknanya, dalam diam dia cuba memahami dan membantu kawan dia mengatasi dan menghadapi kanser, supaya Adam tak rasa keseorangan. Such a nice friend.

Akhirnya, Adam mampu melepasi tahap kritikal kanser dan dalam masa yang sama berjumpa dengan kekasih yang lebih setia.


Manakala dalam cerita Wonderful Radio, mengajar bahawa kita takkan akan mampu memahami semua benda. Kadang-kadang, minda kita tak mampu menerima apa yang berlaku namun di kemudian hari bila rahsia dah terbuka, kita akan lebih memahami.



Dua cerita bagi aku yang menarik. Kalau nak tonton search la kat google, mesti ada....

P/s : Kita saling memerlukan.....





1 comment:

  1. cite wonderful radio tu lawak x? heheh...
    minat la cite korea..
    nice info..ssuai untuk sy yg x pnh update movie ape yg best..keep it up!
    *blogwalking n jumpa blog ni..follow jgk...*
    <3 lifecikgelong.blogspot.com

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda, terima kasih

Apesal Ek?