mom staybeautiful MARIGOLD UHT Milk #AstroHDUniverse

Sunday, September 14, 2014

Belas ihsan di hujung hati..

Bukan nak membebel, cuma berkongsi rasa.
Bila korang dah berkereta besar dan mampu memandu sendiri, kamu rasa diri kamu dah besar?
Sukar sangatkah memperlahankan kenderaan untuk orang tua yang sedang melintas???
Haih, ini bukan nak racist ke apa. Tapi terdetik juga nak membangkit sebab bangsa aku yang dulu memang dikenali dengan budi bahasa. Malahan agama aku pun mengajar untuk menghormati orang tua. Siapa ada contoh terdekat, Rasulullah. Bagaimana baginda menghormati orang tua.

Ini terjadi, seorang perempuan dan bertudung, (maaflah nak highlightkan jugak) tekan minyak bukan main lagi, sedangkan dah nampak mak aku yang kategori warga emas nak melintas. Siap geleng kepala. Nasib baik la kereta ko laju, kalau sempat , mungkin dah melayang payung kat tangan aku... 

Sipi-sipi je nak kena mak aku. Kalau kene , memang penumbuk lah kat mata, tak lebam, sakit la jugak.

Lagipun, jalan tu bukan jalan sibuk dan area bank, yang kau pecut macam pelesit tu dah kenapa? Memang selalu je ada  orang melintas dekat area tu. 

Nipisnya, rasa hormat manusia dekat manusia yang lain. Ye, memang kadang-kadang aku ada jugak termarah dekat pakcik yang memandu macam tak tentu arah tujuan , tapi at least, aku selalu je bagi ruang untuk orang melintas. Senang je, tekan brek, lambai tangan suh melintas...


Ya, kawan-kawan sila bagi ruang untuk warga emas melintas... sebab tak lama lagi, kita pun akan tua dan akan mengharapkan orang-orang muda memberi kita ruang untuk melintas sebab, kalau takde yang ada belas ihsan dekat jalan raya tu nanti, alamatnya setengah jam la mereka berdiri tepi jalan.. Orang tua, pergerakan mereka akan menjadi lebih perlahan. Bukan dia sengaja pun... =(

Sunsilk
Diari Hijabi

1 comment:

  1. Btl kita perlu hormat pda warga tua@ org lama sebab tanpa mereka siapala kita :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda, terima kasih

Apesal Ek?