mom staybeautiful MARIGOLD UHT Milk #AstroHDUniverse

Tuesday, April 7, 2009

Petua Orang Tua-Tua


Orang tua dulu hidup dengan sihat.Tanpa ada pengaruh bahan kimia pun.Mereka tetap awet muda, sihat, cantik dan hidup lama, maksudnya, mampu hidup hingga ke usia 100 lebih.
Nenek saya sekarang berusia lebih daripada 100 tahun. Masih sihat, cuma kadang-kadang sakit lutut datang menjengah.Maklumlah dah berusia lebih 100 tahun.Semua cecair dekat lutut pun dah kering dan haus di makan usia.Nenek adalah mengamalkan petua.Nenek tak penah makan 'junk food' atau cikedis pun masa dia muda-muda.Dari dulu hingga sekarang, nenek cuma makan nasi berlauk dan air kopi satu mug.
Tapi, oleh kerana aku jarang-jarang je pulang kampung.Aku tidaklah mendapat banyak petua-petua daripada nenek aku sendiri.Aku lebih banyak mengetahui petua orang tua-tua daripada emak aku sendiri.

Okey lah, inilah senarai petua yang aku tahu, aku kongsikan sedikit.

GIGI LEBIH KUAT
Tumbukkan sedikit halia dan garam, lepas itu campurkan dengan air.Kumurlah menggunakan air tersebut setiap hari.Gigi anda akan lebih kuat.

PUTIHKAN GIGI
Ambil arang dan 1 sudu teh garam.Campurkan dan tumbukkan bahan tersebut. Gunakan sebagai ubat gigi.Mungkin gigi ko akan putih


HILANGKAN GATAL DI KEPALA

Ambil sebiji limau nipis, dan sapukan di atas kepala ketika mandi.
Gatal di kepala akan hilang.


ELAKKAN KETIAK HITAM AKIBAT DEODORANT
Senang saja, elakkan menggunakan deoderant.heee..
Gantikan deoderant dengan tawas atau Alum.Kadang-kadang Deodorant menyebabkan baju menjadi berdaki dan kotor.
Atau belilah deodorant unsur tawas.Tiada lagi ketiak hitam dalam hidup anda
Kebaikan tambahan, ialah bau badan dapat dikurangkan dengan penggunaan tawas.
Kepada lelaki yang mempunyai makwe yang berbau badan tengik, galakkan mereka menggunakan tawas.

Ini lah antara petua yang aku tahu.Baik untuk amalkan dan kos sangat rendah.Barang-barang yang selalu je ada kat dalam peti sejuk di rumah.
Ditaip oleh,
Cik Katak

3 comments:

  1. Salam Perkenalan..

    Terima kasih di atas tip-tip menarik yang diberikan..

    Saya akan cuba amalkan..

    ReplyDelete
  2. dah try ke guna tawas kat ketiak? takut jd irritation pulak..cik katak test dulu. kalau terbukti ok kami follow u. hihi

    ReplyDelete
  3. Nuargto : hye nuar, salam perkenalan kembali ek... amalkan InsyaAllah tak memudaratkan...

    Virtual Girl : oh, saya lupa nak terangkan cara pakainye pula, selepas mandi, make sure ketiak u all basah, sapu perlahan2 sampai kering... kalau irritation, takkan la deoderant tawas yang stick mahal macam bedil, ye dak?? beli kat kedai rempah, ada...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda, terima kasih

Apesal Ek?