mom staybeautiful MARIGOLD UHT Milk #AstroHDUniverse

Sunday, May 15, 2011

Cikgu yang kita-kita suka


Semua orang  pernah berguru, bermula dari tadika sampailah universiti. Oh, mungkin dari kita lahir kita dah jumpa guru dan cikgu kita. Ye lah, Mak dan Ayah yng mengajar bercakap dan menyebut mahupun berjalan.

Masa sekolah-sekolah dulu, ada je ketegori cikgu-cikgu kan. Cikgu garang, cikgu jiwang, cikgu sporting, cikgu kelakar dan cikgu tak tahu satu bende.

Cikgu blur-blur pun kelakar jugak.

Cikgu yang jarang-jarang masuk kelas, kadang2 memang menyeronokkan. Masa tu, boleh la bergosip mahupun bermain dengan game rekaan semata-mata, lagha.

Cikgu yang suka mencari kesalahan adalah cikgu yang paling menyakitkan hati, terutama kalangan ustazah. Aku tak tahu kadang-kadang, macam mereka berpenyakit nak menuding jari sana dan sini. Membetulkan tak mahu, tapi bab menunjuk dan menjebikkan bibir atas kesalahan pelajar, adalah kesukaan mereka.

Bagi aku, aku suka cikgu yang relax-relax je.Belajar-belajar, main-main. Tak perlu serius sangat. Kenapa serius,kan?



 Okey, Sempena Hari Guru ini, kita buang yang keruh, kita ambil yang jernih!

Selamat Hari GURU, Cikgu!!!!


Cikgu yang selalu disayangi adalah cikgu-cikgu yang
mampu buat kita ketawa,
mampu membimbing kita,
dan mampu menitiskan air mata kita hanya dengan kata-kata beliau. 

          Cik Dia 
Hadiah untuk Cikgu 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda, terima kasih

Apesal Ek?