Masa kecik-kecik, saya selalu disediakan ibu dengan minuman pagi, semug, Ovaltine campur susu. Huhuhu. Bukan susu pekat manis yang dalam tin, tapi susu Dutch Lady! Kadang-kadang, rasa mual, sebab pagi-pagi minum susu, Mungkin saya bukannya penggemar tegar susu tepung.
Tapi, bila petang-petang, saya suka sangat minum teh o campur susu tepung. Make sure, tepung tak hancur sepenuhnye di dalam teh tersebut, dan makan sisa susu tu. Memang best! Dah lama dah tak buat.
Ada pengalaman macam saya??
Sekarang, susu Dutch Lady berubah wajah sudah! Baru-baru ini, mereka memperkenalkan 4 perasa baru dengan gimik yang sangat menarik.
Maskot Buah-buahan yang berjalan sekitar Kuala Lumpur.
Eh, itu selingan aje. Tujuan utama Cik, hanyalah untuk mengimbau kenangan lalu dan mengucapkan Selamat Hari Mak untuk bonda saya.
Untuk Semua, sila hargai ibu anda.
Nukilan,
Cik Dia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda, terima kasih